Pada akhir bulan Ogos lalu, bangunan perniagaan tiga tingkat setengah yang menempatkan kedai makan terkenal, Restoran Village Park dilaporkan akan dilelong pada 1 Oktober.

Menerusi perkembangan terkini, Facebook Selangor Auction Property berkongsi keputusan daripada acara lelongan yang berlangsung hari ini.

Bangunan perniagaan tiga tingkat setengah berkeluasan 1,650 kaki persegi itu telah dibida seramai 14 orang pembida.

Pemenang telah berjaya mendapatkan bangunan itu pada harga RM6.8 juta.

Dalam pada itu, para peminat nasi lemak Village Park tidak perlu gusar kerana perniagaan itu masih beroperasi seperti biasa.