Pakar Ekonomi Malaysia, Apurva Sanghi berkata Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia akan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2028.

Tambahnya, Malaysia malah boleh menjadi negara berpendapatan tinggi setahun lebih awal jika prestasi ringgit kekal pada paras semasa (satu dolar US bersamaan RM4.20), petik Free Malaysia Today.

Baca Juga:

Bank Dunia juga meningkatkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negara untuk 2024 kepada 4.9%, daripada unjuran awalnya sebanyak 4.3%.

Apurva mengaitkan peningkatan ini disebabkan oleh faktor domestik dan luaran, di mana keadaan ekonomi global yang bertambah baik berbanding enam bulan lalu.

Unjuran baharu itu disebabkan momentum ekonomi yang positif, peningkatan kestabilan politik dan persekitaran dasar yang semakin kondusif yang merangsang dan menggerakkan lebih banyak pelaburan.

Pertumbuhan global dijangka stabil pada kira-kira 2.6% tahun ini, walaupun ketegangan geopolitik berterusan dan kadar faedah yang tinggi, manakala inflasi semakin surut, jadi terdapat selera baharu untuk pertumbuhan terutamanya dalam ekonomi maju, katanya.

Dalam pasaran baru muncul secara amnya, (terdapat) arah aliran positif dalam keyakinan pengguna, pembuatan dan perkhidmatan.

Apurva juga menegaskan bahawa pertumbuhan keluaran per kapita Malaysia pada masa ini adalah 12% lebih tinggi daripada paras pra-Covid-19, mengatasi prestasi negara jiran di Asia Tenggara.

Mengenai kemungkinan rasionalisasi subsidi untuk petrol RON 95, Apurva berkata kejayaannya bergantung kepada tiga perkara: masa, tahap harga dan naratif.