Bank Dunia menyatakan umur akses pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 55 tahun dianggap terlalu rendah bagi struktur demografi Malaysia yang semakin menua.
Perkara itu diberitahu menerusi laporan kajian terbaharunya bertajuk ‘Should Malaysia expand its social pension? Global evidence, design issues and options‘.
Baca Juga:
- Selepas Pengeluaran Waktu Covid-19 Berjumlah RM145 Bilion, KWSP Mula’Misi Gila’ Pulihkan Tabungan Ahli

- Ahli Ekonomi Jangka Kadar Dividen KWSP 2025 Lebih Tinggi

- ‘Hampir RM15 Bilion Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP Setakat Jun’ – Anwar Ibrahim

Cadangan supaya umur kelayakan pencen sosial dinaikkan secara berperingkat kepada antara 65 hingga 70 tahun kerana kelihatan lebih sejajar dengan demografi Malaysia, petik Berita Harian.
Ini bagi memastikan sistem perlindungan sosial negara kekal mampan seiring dengan jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin panjang.
Dalam masa sama peningkatan umur kelayakan disifatkan wajar jika disertai peluasan liputan skim pencen sosial kepada lebih ramai penerima, bagi menampung mereka yang tiada simpanan persaraan atau pencen tetap.
Memetik laporan itu lagi, penetapan umur kelayakan baharu antara 65 dan 70 tahun lebih sejajar dengan realiti demografi Malaysia. Penduduk di negara ini hidup lebih lama dan lebih sihat berbanding empat dekad lalu.