Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi laporan pada hari ini mengesahkan tidak menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekaligus mengekalkan OPR pada kadar 3%. Untuk pengetahuan, BNM berjaya mengekalkan OPR 3% buat kali kedua berturut-turut sejak Julai lalu.

BNM berkata, ekonomi global terus berkembang, didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

BNM berkata, prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh momentum ekonomi negara maju yang lebih perlahan, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.

Pada suku kedua tahun 2023, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah terkesan akibat permintaan luaran yang lebih perlahan dan pengeluaran komoditi yang menurun.

Keputusan sama ada perubahan kadar OPR seterusnya bakal diketahui pada bulan November kelak mengikut situasi semasa.