Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Turut ditahan pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah.

Baca Juga:

Menurut sumber Buletin TV3, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50an dipercayai ditahan jam 7.30 malam tadi di pejabat SPRM Sarawak ketika diminta hadir memberikan keterangan.

“Suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 – 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan 2 projek membabitkan bekalan air yang berjumlah kira-kira RM44.4 juta. Manakala pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai  ketika dihubungi  mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak  pagi ini untuk permohonan reman.

Sumber