Kalau sebelum ini rakyat Malaysia berkongsi pengalaman buruk mereka bercuti di Jakarta, Indonesia. Kini tiba pula giliran pelancong dari Indonesia berkongsikan perihal yang sama.

Melalui perkongsian laman TikTok dengan nama @adisetiabudi26, beliau yang dipercayai rakyat Indonesia telah memuatnaik satu kandungan gambar sepanjang bercuti di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan tajuk ‘Kalau tidak ke Malaysia, aku tidak akan tahu sisi buruknya’ beliau berkongsi beberapa realiti yang dilihat olehnya sepanjang bercuti di Malaysia.

Antara realiti-realiti tersebut adalah:

  1. Banggunan Melaka Sentral kelihatan usang dan tiada apa-apa perubahan.
  2. Di Melaka ramai orang Cina dan Melayu tenggelam.
  3. Malaysia banyak tempat judi.
  4. Di Kuala Lumpur, tidak terasa seperti di Malaysia kerana kebanyakannya warga asing dari Bangladesh.
  5. Makanan Malaysia kebanyakan berkari, cepat mual.
  6. Perkhidmatan awam, terutamanya LRT kelihatan usang dan berbau.

Di akhir perkongsiannya, individu tersebut membuat kesimpulan bahawa lebih baik bercuti di Vietnam atau Thailand kerana di sana percutiannya lebih baik berbanding Malaysia.

Perkongsian ini kelihatan seperti balas dendam selepas seorang wanita warga Malaysia berkongsi pengalaman buruk beliau bercuti di Jakarta yang dianggapnya ‘overrated’.

Disebabkan video tersebut, kebanyakan rakyat Indonesia merasa berang dan mengecam individu kerana tidak dapat menerima perkongsian wanita terbabit.

Tetapi sebahagian rakyat Indonesia menganggap perkongsian yang dibuat oleh netizen mereka sendiri itu berbunyi rasis.

Manakala sebahagian lagi merasakan bahawa rakyat Indonesia tidak boleh menerima realiti bahawa Kuala Lumpur lebih baik berbanding Jakarta.