Walaupun sudah 8 tahun meninggalkan kita semua, banyak jasa Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat masih diingati sehinggalah ke sekarang.
Hari ini, sosok kecil yang disegani dan dihormati ramai pihak telah menerima Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) sekali gus membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baca Juga:
- Suami Fatin Afeefa Perlekeh Pemilik Bukan ‘Supercar’, Tengku Panglima Johor Kongsi Teguran Berhikmah
- Polis Evo 3 Berjaya Kutip RM25 Juta Dalam Tempoh 7 Hari Sejak Ditayangkan
- Syarikat Insurans Di Malaysia Tawarkan Kerja Kosong Sebagai ‘Penari Tiktok’ Dengan Gaji Sehingga RM10,000
Pingat tersebut diwakilkan oleh isteri Allahyarham, Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Selainnya, veteran DAP Lim Kit Siang serta 26 individu lain turut menerima anugerah persekutuan kedua tertinggi pada tahun ini.
Individu lain yang turut menerima anugerah tersebut adalah Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, dan dua bekas menteri persekutuan Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Anifah Aman.
Sementara itu, 28 individu menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) dan empat lagi anugerah Panglima Setia Diraja (PSD), kedua-duanya membawa gelaran ‘Datuk’.
Lima daripada 28 yang menerima anugerah JPN adalah bekas pemain badminton negara. Mereka ialah Teh Kew San, Billie Ng, Tan Yee Khan, Yew Cheng Hoe dan Tan Aik Huang.
Bekas pemain beregu legenda, Ng Boon Bee turut diiktiraf selepas kematiannya dengan anugerah JPN.