Mahkamah Keadilan Eropah membuat keputusan untuk membenarkan penubuhan Liga Super Eropah (ESL) dan kini boleh dianjurkan secara bebas.

Mereka turut membatalkan kesemua sekatan dan halangan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas pertandingan ESL yang dibuat pada 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pertandingan ini bertujuan untuk memisahkan diri dari pertandingan yang ada, melibatkan pasukan elit dari lima liga utama Eropah seperti Liga Inggeris, Serie A, LaLiga Sepanyol, Bundesliga Jerman dan Ligue 1 Perancis.

Mahkamah dalam keputusannya menjelaskan FIFA dan UEFA menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melarang pasukan bertanding dalam ESL meskipun projek itu belum lagi diluluskan.

Kelab dari UEFA sebelum ini berhasrat menyertai ESL diugut untuk dikenakan sekatan dari badan bola sepak Eropah itu sekali gus menyebabkan sembilan pasukan menarik diri.

UEFA melihat projek ESL sebagai ancaman kepada Liga Juara-Juara di mana pasukan layak bersaing dalam pertandingan itu secara merit.

Bagaimanapun, banyak kelab gergasi di Eropah dilaporkan menolak untuk menyertai ESL kecuali Barcelona dan Real Madrid.

Namun begitu, Syarikat pembangunan sukan yang ditubuhkan untuk membantu pembentukan ESL, A22 tidak begitu bimbang penolakan daripada kelab-kelab di seluruh Eropah. Apa yang penting adalah mereka mendapatkan respons positif daripada Mahkamah Keadilan Eropah.

Mereka tahu akhirnya kelab akan beralih kepada idea ESL kerana ia memberi manfaat kepada semua orang, dalam setiap cara yang mungkin.

Idea utama ESL adalah untuk mewujudkan kestabilan kewangan kepada semua pasukan dan mereka percaya boleh melakukannya.

ESL tidak mempunyai tarikh yang ditetapkan, tetapi mereka percaya lambat laun ia akan menjadi realiti baharu bola sepak. Ia tidak dapat dielakkan, menurut mereka.