Siapa sahaja tidak panik jika anak yang baru menjejak usia 10 hari boleh hilang ketika sedang lena tidur. Anda sudah pasti menyangka rumah telah dipecah masuk atau diculik dan sebagainya.

Menurut Tribun News, seorang bapa di Jambi, Indoneesia melaporkan kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu selepas didapati hilang dari dalam bilik tidurnya kira-kira jam 6 pagi.

Baca Juga:

Gambar sekadar hiasan. Sumber Gambar: Shutterstock

Bagaimanapun, bayi tersebut tersebut bukan diculik tetapi sebaliknya dijual kepada sepasang suami isteri untuk dijadikan anak angkat tanpa pengetahuan bapa kandungnya.

Wanita yang berada di dalam kesempitan kewangan itu difahamkan telah mengiklankan anaknya menerusi media sosial Facebook sebelum bayinya lahir lagi. Suspek kemudian menerima bayaran sebanyak 8 juta rupiah (~RM2,437) daripada pasangan suami isteri berkenaan.

Sumber Gambar: Business Insider

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jambi, Kompol Indar Wahyu Dwi, ibu kandung bayi serta pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Tambahan pula, beliau juga menjelaskan bahawa bagi proses pengambilan anak angkat yang mana perlu melalui keputusan mahkamah dengan mengikut saluran yang betul. Bagaimanapun, ibu kandung bayi tersebut tidak mengetahui tentang proses berkenaan.

Sementara itu, polis berkata pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut mengambil keputusan untuk membeli bayi berkenaan kerana mereka belum dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin.

Susulan itu, wanita tersebut telah ditahan dan anaknya kini dilaporkan selamat di bawah jagaan bapa kandungnya serta keluarga. Bagaimanapun, bayi itu perlu dibawa ke balai polis setiap hari untuk disusukan ibunya.

Sumber