Selepas 40 hari kejadian, influencer bisnes makanan, Kieda Crepe tampil mendedahkan rumahnya dimasuki pencuri dan membawa lari peti besi berisi barangan kemas.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku di Pokok Sena pada 25 April lalu.

Baca Juga:

Pencuri terbabit telah membawa lari peti besi seberat 200kg yang mempunyai barangan kemas bernilai RM800,000.

@kiedacrepepenang

Genap 40 hari kieda mengira hari… Tiada apa yang kieda harapkan.. semoga si Pelaku cepat-cepat ditangkap bersama bahan buktišŸ¤²šŸ» “Semoga sedihku, sakitku, susahku, sabarku, hari ini akan berubah menjadi bahagia untuk ku di hari esok.” Aamiin šŸ¤² @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse

ā™¬ original sound – KIEDACREPEPENANG – KIEDACREPEPENANG

Menurut Kieda sebab kenapa dia mengambil masa 40 hari untuk memberitahu kepada orang ramai kerana dia hilang kekuatan pada awal-awal insiden itu berlaku.

Dia juga menawarkan ganjaran kepada siapa-siapa yang mempunyai maklumat berhubung insiden pecah masuk dan bawa lari barangan kemas itu.

Dalam perkongsian video itu lagi, difahamkan kejadian itu berlaku pada 11.40 malam. Kieda dan suaminya perasan sesuatu ‘tidak kena’ terjadi selepas bahagian ruang tamu ada perbezaan.

“Kieda terus menghubungi sepupunya dan saya meminta isteri dan anak-anak duduk di dalam kenderaan, manakala saya dan sepupunya kemudian memeriksa bahagian luar rumah dan mendapati mendapati tingkap telah diumpil.

“Keadaan dalam rumah tidak berselerak kecuali bilik tidur di mana sebuah peti besi telah dilarikan perompak terbabit,” katanya.

Sumber Gambar: TikTok @keidacrepepenang

Menjengah ruangan komen pada video TikTok Kieda Crepe, ramai berharap agar kesemua barangan kemas dan wang tunai yang hilang dapat dikembalikan semula.

Jelas orang ramai lagi, sekiranya Kieda segera viralkan insiden itu kepada kedai-kedai emas, sudah pasti dia boleh dapatkan semula sebahagian barangan kemas yang hilang itu.

Tambah netizen, mereka mendakwa pasti pencuri itu merupakan orang terdekat kerana dia tahu selok belok rumah Keida.

Sumber Gambar: TikTok @keidacrepepenang

Memetik Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Superintendan Zulkeflee Sulaiman, berkata pihaknya sedang mengesan suspek yang melarikan barangan kemas usahawan yang juga pempengaruh media sosial berkenaan.

“Siasatan masih berjalan, kita tak tutup kes. Memang suspek belum dikenal pasti sebab tiada saksi yang nampak kejadian itu.

“Kita ada temui tujuh kesan cap jari di lokasi kejadian tetapi berdasarkan semakan yang dibuat, didapati tiada satu pun cap jari itu yang ada rekod dalam pangkalan data jenayah kita,” katanya.

DifahamkanĀ influencerĀ itu juga datang ke balai pada 22 Mei lalu untuk bertemu pegawai penyiasat. Polis turut sentiasa memaklumkan perkembangan terkini berhubung kes terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.