Gara-gara satu perbuatan murni yang kecil oleh seorang barista kepada budak, ramai warganet mahu datang memberi sokongan terhadap kedai kopi ini.

Menerusi hantaran Threads @muzammir_h, ketika dia berada di kedai kopi dia ternampak seorang budak menjual buah potong yang tinggal dua bekas sahaja.

Baca Juga:

Barista yang bertugas pada waktu itu memanggil budak tersebut lalu membeli kedua-dua bekas buah. Kemudian dia juga belanja budak itu minuman.

Barista Buat Baik Dengan Budak Jual Buah, Netizen Mahu 'Support' Kedai Kopi Ini
Sumber Gambar: Threads @muzammir_h

“Saya sangat gembira dapat lihat ini dan jika barista itu pekerja saya sendiri, saya berasa sangat amat berbangga. Ibu bapa barista itu telah membesarkannya dengan baik,” kata @muzammir_h.

Warganet memuji barista tersebut yang menyantuni budak tersebut. Nampak satu perbuatan yang mudah, tapi tak ramai boleh buat kata netizen.

Ramai yang mahu datang ke cawangan kedai kopi berkenaan untuk memberikan sokongan kerana memiliki pekerja yang berbudi pekerti.

Pada masa sama netizen memuji perkongsian yang menginspirasikan tersebut.

“Saya harap perkongsian ini dapat memberikan kita harapan yang mana kita masih ada peluang dan ruang untuk bantu orang.

“Bila tengok orang buat baik, kita pun terpanggil nak buat baik,” jelas @muzammir_h.