Persaingan kedai kopi pada hari ini sangatlah sengit. Hampir di mana-mana sahaja kita boleh dapatkan air kopi dengan mudah.
Baru-baru ini seorang lelaki, dikenali Brian Quan dan rakan-rakannya dari California telah berfikir luar kotak dengan menjadikan sebuah Tesla Cybertruck sebagai sebuah ‘kedai kopi bergerak’ pertama di dunia.
Baca Juga:
- Tercabar Dengan Pesaing, Tesla Sanggup Tangguhkan Pengeluaran Cybertruck Sehingga Tahun 2023
- Kehadiran Tesla Cybertruck Ke Tapak Pembinaan Raih Tumpuan Orang Ramai
- 2 Sebab Tesla Cybertruck Berjaya Terima 200,000 Tempahan Dalam Tempoh Tiga Hari
Kereta itu dibalut dengan warna ‘Moonwake Blue’ serta dilekatkan decal logo Moonwake Coffee Roasters.
Beberapa pengubahsuai telah dibuat supaya kelengkapan ‘kedai kopi’ dapat diletakkan di belakang kerete tersebut.
Sebuah ‘tapak meja’ khas boleh ditarik keluar dan disimpan telah dipasang pada bahagian belakang kereta itu. Sebuah mesin kopi Sanremo dan pengisar kopi Mahlkönig diletakkan di atasnya.
Kedua-dua mesin tersebut dihidupkan dengan tenaga elektrik daripada bateri Cybertruck.
Kereta itu mempunyai beberapa soket yang boleh mengalirkan tenaga sehingga 11.kW untuk menghidupkan barangan elektrik.
Kedai kopi bergerak itu sudah pun mula beroperasi buat pertama kali di tempat letak kereta Cupertino Farmers Market di De Anza College, Cupertino, California baru-baru ini.
Daripada video yang dirakam, kelihatan Brian dan rakan-rakannya tiada masalah untuk menghasilkan kopi yang ditempah oleh pelanggan menggunakan mesin dan pengisar kopi yang diletakkan pada belakang Cybertruck tersebut.
“Versi pertama binaan tersebut kini boleh ditonton di YouTube. Kami akan mendokumentasikan kemajuan pada trak itu dalam beberapa minggu akan datang,” kata Brian.
Sementara itu anda boleh tonton video behind the scene di bawah bagaimana Brian dan kawan-kawannya membuat ‘kedai kopi bergerak’ menggunakan Tesla Cybertruck pertama di dunia.
Nampaknya mungkin kita akan lihat lebih banyak lagi pemilik Cybertruck gunakan untuk berbisnes pada masa akan datang.