Sejak mula Tesla Cybertruck dilancarkan Elon Musk, model trak ini nampaknya tidak lekang daripada isu dan kontroversi. Malah, pelancarannya sahaja yang memperlihatkan keadaan cermin Tesla Cybertruck yang tidak tahan lasak seperti yang dinyatakan telah membuatkan model trak ini tular seluruh dunia.

Terbaharu, belum sempat Tesla melancarkan Cybertruck untuk kegunaan ramai, sebuah kumpulan dari Rusia telah cuba menghasilkan sebuah trak dengan rekaan yang seakan sama dengan Tesla Cybertruck.

Lebih menarik, jika Tesla Cybertruck yang dijadualkan bakal mula ditawarkan pada 2021 hadir dengan harga $39,900 (~RM164,886.75), model versi ‘Rusia’ ini tampil dengan harga serendah $10,000 (~RM44,605).

Apa yang membuatkan orang ramai teruja adalah bagaimana kumpulan dari Rusia ini menggunakan model kereta Lada 2109 hatchback sebagai model asas. Untuk pengetahuan model yang digunakan ini bukanlah sebuah trak dan tidak mempunyai rekaan yang mirip dengan Tesla Cybertruck.

1
Lada 2109. Sumber: 3dtuning

Walau bagaimanapun, berbekalkan kepingan besi yang ‘ditampal’, sebuah Tesla Cybertruck versi ‘kos rendah’ berjaya dicipta. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menggunakan rim dengan logo Tesla untuk kelihatan lebih mirip.

Meskipun tampil dengan rekaan yang ‘unik’, model ini berjaya mendapat perhatian ramai untuk mendapatkannya walau bagaimanapun Youtuber Pushka Garazh mengatakan model kereta ini hanya digunakan sebagai projek DIY mereka dan bukan untuk dijual. Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana model Tesla Cybertruck versi Rusia ini dihasilkan.

Agak menarik untuk menyaksikan apa reaksi Elon Musk mengenai projek kumpulan dari Rusia ini. Sekali lagi, Tesla Cybertruck memperoleh publisiti selepas projek ini tular seluruh dunia.

Kami kongsikan kepada segalanya yang anda perlu tahu mengenai Tesla Cybertruck dan bagaimana trak yang hadir dengan rekaan unik ini berjaya menambat hati orang ramai. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Cermin Retak Sewaktu Pelancaran Tesla Cybertruck Sekadar Gimik Daripada Elon Musk?

2 Sebab Tesla Cybertruck Berjaya Terima 200,000 Tempahan Dalam Tempoh Tiga Hari

LEGO Sindir Tesla Cybertruck Dengan Jaminan Cermin ‘Kalis Retak’