Kopi yang di-brew menghasilkan bau yang harum dan menaikkan mood peminumnya. Jika anda ke Johor Bahru tetapi tidak mencuba kopi jalanan persis kopi bertaraf 5 bintang yang di-brew dari belakang kereta, anda sememangnya rugi.
KopiKupi, sebuah kafe bergerak yang dimiliki oleh Mohd Fauzi mendapat perhatian netizen apabila pengguna Twitter @izwansaid88 berkongsi akan kewujudan kafe kopi ini.
Kopi kat sini murah dan sedap ye…
So sesiapa yg duk jb bole pegi sini…berdekatan dengan today's mall ulu tiram…
Ni bukan coffee 3 in 1 ok…ni brewed coffee…so sgt berbaloi… pic.twitter.com/dbedjNYSGu— Izwan Said (@izwansaid96) September 1, 2020
Untuk pengetahuan anda, Mohd Fauzi yang berusia 52 tekad berhenti kerja sebagai pengurus hartanah untuk merealisasikan impian memiliki kedai kopi sendiri. Mahukan kedai kopi yang berbeza, Mohd Fauzi membuka kedai kopi bergerak dimana menjual dengan menggunakan keretanya yang telah dimodifikasi.
Menurutnya, pada awal pembukaan kedai kopi bergerak ini, beliau telah membelanjakan lebih kurang RM20,000 untuk persediaan, membeli penjana dan juga mesin kopi.
Bukan kopi 3 in 1 tetapi kopi fresh yang di-brew dijual dengan harga mampu milik. Terdapat pelbagai pilihan minuman yang boleh didapati dan menu yang jadi pilihan ramai adalah ice latte, ice machiato dan ice mocha.
Buat anda yang ingin mencuba kopi oleh KopiKupi ini, ia terletak di berdekatan Today’s Mall, Ulu Tiram. Difahamkan, KopiKupi ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dan waktu operasi seperti waktu bekerja.
Tadi tgk post ni, sekali tgk ig story, terjumpa ni pulak 👇👇👇 Kerabat pun xsegan nak minum kopikupi ni. Tahniah!!! pic.twitter.com/CuixvloSiq
— Aien Atira (@AieN_AtirA) September 2, 2020
Sedap memang! Beli yang dalam bottle pun masih sama rasa macam baru lepas brew 🤤 jom anyone esok! Haha pic.twitter.com/3hwOHn75dv
— zora ✨ (@shfqhazr) September 2, 2020
Nampaknya KopiKupi ini turut terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan juga keluarga kerabat DiRaja Johor juga pernah mencuba ia. Tunggu apa lagi? Jomlah cuba!
Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa tempat menarik di Johor Bahru yang anda boleh terjah. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
‘Dinosaur Kingdom’ Tarikan Terbaru Di Puteri Harbour, Johor Bahru
Nikmati Kesedapan Roti ‘Legend’ Resepi 80 Tahun Dahulu Hanya Di Johor
Lihat Rekaan Retro Dan ‘Stylish’ Kafe Coke Pertama Dunia Yang Dibuka Di Johor Bahru