Industri automotif tempatan dikejutkan dengan dua insiden melibatkan dua kereta berprestasi tinggi iaitu Toyota GR Yaris Kansai dan juga Nissan GT-R milik saudara Muiz.
Kedua-duanya berkongsi kisah yang hampir sama di mana dua model kereta ini baru sahaja diterima pemilik tidak sampai seminggu.
Baca Juga:
- Redha GR Yaris Kansai Baru Sampai Malaysia ‘Total Lost’, Ini Penjelasan Pekin Ibrahim
- Teruja Nampak GT-R Lalu Sebelah, Reaksi Anak Dan Ayah Ini Mencuit Hati Netizen
Lebih sedih buat saudara Muiz yang juga pemilik Muiz Hot Chicken, Nissan GT-R yang baru sahaja dibeli beliau sempat digunakan hanya dalam tempoh 6 jam sahaja sebelum terbabas.
@abg.muiz Bersyukur sangat2 masih diberi peluang untuk bernafas secara sihat lagi 🥹🤲🏻✨ #abgmuiz #gtrr35 #excident
Hadir dengan pelbagai andaian, Muiz bersama sahabatnya menerusi TikTok @abg.tesla tampil berkongsi bagaimana insiden tersebut berlaku yang sekaligus mengakibatkan Nissan GT-R dikategorikan ‘total loss’ di tempat kejadian.
Menurut Muiz, beliau bersama rakan-rakan lain termasuk Abang Tesla sedang dalam perjalanan untuk ke Johor pada waktu malam. Sedang bergerak dalam hadlaju sekitar 100km/j sehingga 120km/j, Nissan GT-R yang dipandu beliau terbabas.
@abg.tesla Replying to @CEOOFMERAHCILI🌶 Explanantion berkias.. #abgtesla #fyp #gtrr35 #muizhotchicken #batupahat #nissan
Menurutnya situasi tersebut berlaku dengan begitu seolah sekilap mata sahaja. Muiz sendiri turut mengaku redha dengan apa yang berlaku serta sedia memaafkan orang ramai yang mengecam apa yang berlaku.
Difahamkan sewaktu kejadian terdapat kenderaan-kenderaan yang melalui jalan dengan bergerak lebih pantas namun tidak berlaku sebarang isu melibatkan terbabas dan sebagainya.
Menerusi ruang komen, terdapat para netizen yang memaklumkan jalan tersebut sememangnya gelap dan bengkang-bengkok. Keadaan yang hujan beserta penggunaan tayar semi-slick antara yang mengundang kepada kemalangan.
Sementara itu, terdapat juga Muiz tabah dengan ujian yang diterima serta mendoakan Tuhan menggantikan dengan yang lebih baik. Didoakan semoga Muiz tabah menghadapi ujian serta dimurahkan rezeki dalam mencapai target seterusnya.