Baru-baru ini tular sekeping gambar yang memaparkan baju seorang pelajar yang kelihatan terkoyak kerana didakwa digunting oleh rakannya di sekolah telah meraih perhatian netizen.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh sebuah akaun bernama @ConfessionLocal di platform X, dapat dilihat kesan koyakkan di bahagian hujung dan tengah lengan kiri baju tersebut akibat daripada guntingan yang dilakukan oleh rakan kepada pelajar terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Hari pertama sekolah baju dah kena gunting dengan kawan,” tulis pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komentar dapat dilihat majoriti netizen geram dengan tindakan pelajar yang berani menggunting baju sekolah pelajar lain itu.

“Kalau kena dekat anak aku, siap kau ya adik. Aku tak teragak-agak tampar.. Baru hari pertama kot kasar betullll,” luah seorang netizen.

“Kalau aku datang sekolah jumpa budak yang gunting itu, baru hari pertama dah buat perangai teruk,” kata seorang netizen lain.

“Ni kalau aku, aku suruh ibu bapa budak itu ganti. Dia tidak ganti, aku gunting balik baju anak dia. Tak kena dekat anak korang, memang korang boleh relaks.

Dah la nak beli baju sekolah, aku kena simpan awal untuk cukupkan keperluan anak. Gila apa perangai begini….,” kongsi seorang netizen lain yang turut berang dengan insiden itu.

“Harapnya emak budak itu ganti balik baju dia. Kesian betul, ingat beli baju pakai daun ke,” kongsi seorang netizen yang mahu keluarga pelajar nakal itu menggantikan baju baharu buat mangsa.

Bagaimanapun, kemas kini terbaharu oleh ibu kepada pelajar tersebut yang dikenali sebagai Waniey Razaki, kes ini sudahpun diselesaikan bersama guru di sekolah.

“Status pasal baju semalam tu dah settle. Sis Wani pergi jumpa dengan cikgu tadi. Selesdai dah masalah ini. Tak sangka pula benda ini akan viral,” tulisnya menerusi status di Facebook peribadi.