Anggota kumpulan SMDX, Elle Thong dikecam netizen kerana perangainya yang dianggap kerek ketika sesi live di media sosial.

SMDX (Sumandax) baru sahaja melakukan debut dengan single Original Sabahan yang diberikan nafas baharu.

Elle akui menerima kritikan daripada ramai pihak kerana dianggap telah merosakkan pakaian tradisional masyarakat Sabah.

Menurut Elle, dia sudah bersedia dengan kecaman haters kerana sudah cukup latihan atau training untuk menghadapinya.

Elle berkata: “Maybe ada, eh bukan maybe, memang ada haters yang kecam sebab cemburu , tapi kan, di I care [ada aku kisah]?

“Cukup training sudah saya punya mental

“Lagu tu tidaklah mereka kecam sangat, tetapi pakaian, mungkin mereka diorang tidak tahun pasal moden. Peduli apa?

Ketika ada peminat menganggap SMDX boleh menjadi pencabar kepada Dolla, Elle dengan berlagak berkata: ” Siapa Dolla, saya tidak kenal Dolla.

“Mungkin Davy dan Crystal kenal Dolla, saya tidak kenal. Siapa tu? Bukan sombong, memang tidak kenal pun.”

@malaysianspeaks

Kumpulan pop wanita baru asal Sabah teruk dikecam netizen, apa pandangan korang? #smdx #dolla #xeno #dollaofficial #idolla #sabah #fyp #malaysianspeaks #viralmalaysia

♬ original sound – Malaysian Speaks – Malaysian Speaks

Ramai netizen yang menganggap Elle sebagai ada masalah attitude. Dan menyatakan bahawa dia tidak perlu berlagak hanya selepas mengeluarkan satu lagu yang ternyata lagu ‘cover’ atau remix untuk versi lagu lama.

Yang lain menasihati pengurusan SMDX ambil maklum bahawa artis baharu mereka ini ada masalah dengan PR. Dan simpati dengan ahli lain yang terkena tempias.

Ini kerana cara dia menjawab soalan peminat dianggap mengecewakan. Dan ramai yang menasihati Elle bahawa dengan sikap sedemikian dia tidak akan pergi jauh dalam industri hiburan.

Netizen dari Sabah pula ada yang tidak berpuas hati dengan cara Elle menjawab tentang pakaian tradisional yang dianggap telah dicemari dengan pengubahsuaian.

Mereka risau kalau pakaian itu semakin seksi dan menjadi baju dibawa ke clubbing.

Ada juga yang membandingkan cara Dolla menjawab soalan panas daripada wartawan berbanding dengan cara Elle berinteraksi dengan peminat di media sosial.

@livelifemine

Tu sebab Dolla sgt berjaya,sbb mreka so humble..😉#fyp #dolla #tiktokmalaysia #mpop

♬ CLASSIC – Chorus – DOLLA