Kumpulan Dolla cukup dikenali sebagai ‘Blackpink Malaysia’ dengan menampilkan lagu-lagu yang catchy yang diminati oleh pemuda-pemudi generasi hari ini. Bagaimanapun, penampilan seksi ketika membuat persembahan menjadi pertikaian ramai.

Baru-baru ini nenek kepada salah seorang ahli Dolla, Syasya, memberitahu bahawa dia telah menasihatkan cucunya supaya tidak tampil dengan pakaian terlalu seksi hingga jadi perhatian ramai dan sering dikecam netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pelakon veteran, Rozie Othman, 60, ketika ditemui oleh Harian Metro berkata, sebagai nenek, dia sudah menjalankan tanggungjawab memberi nasihat, namun selebihnya terpulang kepada Syasya untuk menerimanya atau tidak.

“Mengenai pemakaian seksi Syasya itu saya tahu dan sudah cuba menasihatinya. Saya cakap pada dia (Syasya), seksi-seksi macam ni, nenek tak berkenan. Kurangkan, cuba ubahlah.

“Saya pun dulu pernah muda seperti dia, jadi fahamlah juga jiwa orang muda ini. Cuma, apa yang saya harap dia dapat terima nasihat diberikan itu.

“Saya doakan yang baik-baik untuk dia agar mendapat hidayah daripada Allah. Saya juga berharap dia akan terus berjaya di dalam karier seni diceburinya ini. Dia masih muda dan perjalanan juga jauh lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu penampilan Dolla semasa membuat persembahan di acara musik Good Vibes telah mendapat kritikan netizen kerana terlalu seksi mengalahkan artis Korea sendiri.

Sumber