Peminat setia Dolla telah berkongsi gambar tangan salah seorang anggota kumpulan tersebut, Syasya, yang lebam dipercayai dipukul kekasihnya.

Peminat Syasya dan Dolla secara keseluruhannya merasa sangat marah dan geram dengan kekerasan ke atas wanita yang dilakukan lelaki itu.

Baca Juga:

Seharusnya seorang lelaki melindungi seorang wanita bukannya memukulnya, tambah kenyataan itu lagi dalam nada sinis.

Mereka menegaskan mereka masih berlembut lagi dan tidak mendedahkan wajah lelaki tersebut.

Dalam kapsyen di IG Story, peminat itu menulis:

“Kepada jantan tu, nasib kitorang ni baik ja tau. Kalau tak, dah lama kita reveal [dedahkan] muka hang.

“Bro this is too much bro! [bang ini sudah melampau sangat] Hang ingat hang sapa nak pukul Syasya sampai macam tu mat

“Allah cipta hang sebagai lelaki untuk melindungi wanita bukan menyakiti wanita mat! WTH?

“Tengok muka macam baik sangat, rupanya disebaliknya berani dengan perempuan je mat.”

Dalam post yang sama, peminat tersebut meminta pihak yang mahukan pengesahan tentang perkara itu dari mulut Syasya sendiri, mereka boleh berbuat demikian.

Namun dinasihatkan agar tidak melakukannya sekarang. Hal ini keraa Syasha Dolla sedang bercuti bersama keluarganya dan menenangkan fikirannya.

Peminat tersebut berkata: “Jika media nak tanya Syasya pasal benda ni atau nak sahihkan benda ni boleh, tapi please jangan sekarang. Kerana sekarang Syasya dengan bercuti dengan keluarganya.

“Dia nak menenangkan fikiran dan meluangkan masa dengan keluarga.”

Ianya diakhiri dengan tanda pagar #Justiceforsyasyadolla atau keadilan untuk Syasya Dolla.

Berita tentang Syasya Dolla dipukul atau dikasari ini telah menarik perhatian lebih ramai pihak. Dan ramai meminta Syasya tampil membuat laporan polis selepas ini. Kerana keganasan seperti itu tidak seharusnya dibiarkan.