Pelakon veteran, Rozie Othman kecewa dengan keputusan cucunya, Syasya tinggalkan kumpulan pop, Dolla.

Syasya antara anggota penting Dolla. Dan dia juga antara anggota Dolla yang paling popular di kalangan peminat.

Baca Juga:

Dolla merupakan kumpulan pop wanita yang baru sahaja melebarkan populariti mereka sehingga ke China.

Lagu lagu mereka banyak yang menjadi hits.

Sebelum ini Syasya diumumkan secara rasmi meninggalkan Dolla ketika kumpulan tersebut berada di kemuncak kegemilangan mereka.

Tidak lama selepas pengumuman itu Syasya kemudian bernikah dengan suaminya yang tercinta.

Universal Music Malaysia berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, petik Sinar Harian.

Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada Dolla.

Rozie menjelaskan dia agak kecewa dengan keputusan cucunya, Syasya, tinggalkan Dolla, namun dia redha. Jauh di sudut hatinya dia berharap cucunya akan kembali semula bersama Dolla suatu hari nanti.

Dipetik dari laman Beautifulnara, Rozi berkata: “Syasya, mummy (nama panggilan Rozie) ucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu walaupun mummy ada rasa kecewa kerana nama awak tengah naik dan buat keputusan untuk berkahwin.

“Mummy dan keluarga terpaksa berlapang dada dan apa-apa keputusan, insya-Allah kalau suatu hari nanti awak mahu kembali. Saya doakan awak.”

Rozie kemudian menyatakan alasan utama Syasya mahu berhenti daripada Dolla adalah kerana mahu mengikut suaminya belajar di luar negara.

Dan Rozie menambah, pasangan suami isteri itu akan bertolak ke luar negara selepas Hari Raya Aidiladha.