Pada Jumaat lalu telah berlangsungnya pernikahan selebriti Shuib bersama pilihan hatinya iaitu Watie. Majlis pernikahan yang diadakan turut dihadiri oleh para artis serta ahli keluarga terdekat.

Pasangan ini walau bagaimanapun difahamkan memilih untuk tidak menangguh lama untuk berbulan madu seusai selepas selesai majlis pernikahan. Pasangan ini difahamkan telah memilih sebuah resort di Langkawi sebagai lokasi bulan madu.

https://www.tiktok.com/@shuibsepahtu73/video/7248426082683178248?lang=en

Menerusi TikTok @shuibsepahtu73 yang mengambil Insta Stories daripada Instagram @iamwatie, video ini telah menerima pelbagai komen lucah daripada segelintir netizen.

Mendakwa ‘bil air’ Shuib yang tertunggak sudah dilunaskan, kelihatan letih serta ‘lemas’ pada malam hari antara komen double meaning yang dilemparkan terhadap pasangan baru berkahwin ini.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan tindakan Shuib yang tidak membawa anak bersama untuk bulan madu.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali selebriti Malaysia menerima komen lucah daripada netizen. Malah, sudah menjadi kebiasaan. Sebelum ini, perkahwinan Safawi Rashid bersama Syatilla Melvin turut diserang dengan komen yang hampir sama.