Tular pada Januari lalu apabila pengurus pasukan Liga Super, Datuk Zainal Abidin telah bernikah dengan adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat.
Perniagaan pasangan yang mempunyai jurang umur yang besar ini turut mendapat perhatian para netizen dan juga keluarga terdekat.
Baca Juga:
- Mustapha Kamal Pantas Dedah Gambar Terbaru Zainal Abidin Bersama Fyna Jebat Buat Netizen Tersenyum
- Tidak ‘Lari’ Ketika Ditanya, Fyna Jebat Mengaku Sudah Jadi Isteri Datuk Zainal Abidin Hassan
Terbaharu, saudara kepada pasangan ini telah mengesahkan rumah tangga Datuk Zainal Abidin dengan Fyna Jebat yang dibina pada awal tahun sudah berakhir sekitar dua minggu yang lalu.
Difahamkan punca penceraiaan antara dua individu disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan juga isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.
“Apa yang dikongsikan oleh anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu tidak ada persefahaman. Jadi mereka mengambil keputusan untuk bercerai,” ulas saudara terdekat Datuk Zainal Abidin kepada daripada Harian Metro.
Sebelum ini, anak kepada Datuk Zainal Abidin, Zahira turut menafikan dakwaan media yang mengatakan ibunya sudah berbaik dengan isteri kedua bapanya. Zahira juga turut memaklumkan bapanya sudah menceraikan Fyna Jebat.