Selebriti Indonesia Ammar Zoni ditahan sekali lagi kerana kes dadah, hanya selepas sebulan dia dibebaskan atas kesalahan yang sama.

Dan ini merupakan kali ketiga suami kepada artis berdara Indonesia-Belgium, Irish Bella itu ditangkap kerana kesalahan dadah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Peguam kepada Ammar Zoni iaitu Jon Mathias yang sebelum ini mewakili  anak guamannya dalam kes tuntutan cerai oleh Irish Bella, sedia mewakili Ammar dalam kes dadah sekali lagi.

Irish Bella sudah beberapa kali menuntut cerai daripada Ammar Zoni, namun Ammar tak pernah hadir ke mana mana persidangan penceraian mereka seperti diminta.

Mengenai keluarga Ammar Zoni, Jon Mathias berkata, sehingga kini masih tiada ahli keluarganya menghubunginya.

“Ya, tiada siapa dari keluarganya yang menghubungi saya [termasuk Iris Bella]. Yang ada , saya hanya dihubungi daripada keluarga saya dan ramai rakan media turut bertanyakan masalah ini,” jelasnya lagi.

Jon Mathias juga tidak membincangkan mengapa Ammar Zoni menggunakan dadah lagi yang dikatakan mengambil dadah kerana sangat kecewa ditinggalkan Irish Bella yang berterusan menuntut penceraian daripadanya.

Jon Mathias tidak berminat mengulasnya, dia cuma hanya mengesahkan keadaan Ammar Zoni sekarang. Di mana menurutnya Ammar Zoni menangis selepas ditangkap kerana dadah buat kali ketiga tanda dia benar benar menyesal kali ini.

“Kita tidak mendalami [masalah Ammar Zoni yang sekali lagi ambil dadah]. Tadi kita tanya keadaan dia, alhamdulillah sihat,” akhirinya.

Ammar Zoni ditahan polis pada petang Selasa di apartmennya di kawasan Tangerang, menurut Ketua Unit Siasatan Narkotik Polis Metro Jakarta Barat, Indrawienny Panji Yoga.

Polis percaya ketika ditahan, Ammar Zoni baru habis mengambil ganja berdasarkan ujian air kencing dibuat ke atasnya.

Di apartmen itu, Ammar Zoni telah ditahan polis dalam keadaan sedar. Dan polis menahannya bersama sama dengan bahan bukti.

“Buktinya ganja dan syabu. Ada 4 paket syabu dan 1 paket kecil ganja,” kata Indrawienny Panji Yoga lagi.

Netizen Indonesia kini memahami kenapa Irish Bella menuntut cerai daripada suaminya itu sebelum ini walaupun Ammar Zoni pernah berjanji akan meninggalkan kecanduannya kepada dadah demi isteri dan anak anak.

Penangkapan kali kedua pada Oktober lalu membuatkan Irish Bella nekad meninggalkan suaminya itu kerana menurutnya boleh memudaratkan dia dan anak anak mereka.

Irish Bella sudah berjanji tidak akan berpatah balik dalam keputusannya.

Kini Ammar Zoni ditangkap buat kali ketiga dan membuatkan peminat benar benar memahami kenapa Irish Bella bersungguh sungguh memilih penceraian.