Baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Wong Wei Jie telah memegang jawatan sebagai ‘Global Management Trainee’ di sebuah syarikat antarabangsa Denmark yang berpangkalan di Singapura.
Menurut sumber, dia telah diterima kerja di syarikat Maersk Omnichannel Fulfilment dan gaji bulanan diterima sangat lumayan iaitu sebanyak RM11,000.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
Menurutnya, pekerjaan kebanyakan majikan mencari graduan yang memiliki ciri-ciri khusus seperti ilmu, kepakaran dalam bidang tertentu dan soft skills terutamanya kemahiran berkomunikasi yang memudahkan urusan.
“Apa jua kerja sekalipun, ilmu paling utama, pengalaman dan kemahiran yang dipelajari ini juga merupakan satu bentuk pendidikan yang mampu mencorak masa depan yang cerah,” katanya.
Untuk rekod, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama dengan purata nilai gred keseluruhan (PMK) 3.84.