Bask Bear, peneraju minuman kopi inovatif Malaysia yang terinspirasi oleh beruang madu Malaya, menyambut tahun baru dengan memperkenalkan kombinasi menarik pada roti bakarnya yang terkenal di pasaran.

Melalui kerjasama bersama Village Park Nasi Lemak, jenama terkenal Grab Signatures, Bask Bear kini memperkenalkan menu inovasi baharu iaitu Bask Bear Sambal Toasties by Village Park, roti bakar yang diseimbangkan dengan rasa pedas sambal Nasi Lemak Village Park yang terkenal.

Baca Juga:

“Kami ingin menambah keceriaan pada tahun baru ini dengan menyajikan keunikan sambal nasi lemak Malaysia yang terkenal dalam hidangan roti bakar kami. Kolaborasi bersama Village Park yang terkenal dengan keenakan nasi lemaknya merupakan keputusan yang tepat.

“Lebih menarik, Village Park kini menawarkan sambal istimewa mereka dalam bentuk botol melalui Jaya Grocer, menjadikan kerjasama ini lengkap dan sempurna.” kata Bryan Loo, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd.

Sambal Toasties baharu ini kini boleh didapati di semua cawangan Bask Bear secara pembelian terus di kedai atau melalui perkhidmatan penghantaran mulai 4 hingga 31 Januari 2024, kecuali di cawangan 1Utama dan Pavilion Elite.

Terdapat tiga pilihan toastie yang anda boleh cuba iaitu Sambal Daging dan Sambal Crispy Chicken pada harga RM14.90 serta Sambal Hashbrown dan Telur pada harga RM12.90 sahaja.

Seiring dengan pelancaran tersebut, Bask Bear dan Jaya Grocer akan turut bersama-sama menawarkan promosi istimewa iaitu untuk setiap pembelian roti Baker’s Son, cili atau pes sambal di Jaya Grocer, pelanggan berpeluang menebus Hazelnut Choco latte secara percuma di Bask Bear dengan pembelian mana-mana Sambal Toastie.

Sertai permainan interaktif di Jaya Grocer Starling Mall dan berpeluang memenangi baucar. Pelanggan Bask Bear yang membuat pembelian sambal Village Park melalui GrabMart akan menerima beg jenis ‘non-woven’ percuma, terhad dari 8 hingga 31 Januari 2024.