Syarikat penerbangan premium, Batik Air secara rasmi telah melancarkan perkhidmatan terus baharu antara Subang dan Bangkok, Thailand.
Laluan baharu itu sekali gus memperkukuh hubungan perjalanan antara Malaysia dan Thailand.
Baca Juga:
- Batik Air Umum Laluan Baharu Ke Beijing Dan Changsha

- Batik Air Umum Laluan Baharu Ke Hat Yai & Krabi

- Batik Air Mudahkan Perjalanan Perayaan Dengan Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak

Penerbangan sulung telah disambut di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (SZB) awal hari ini dengan satu majlis ringkas tetapi bermakna bagi memperingati detik bersejarah ini.

Lembaran Baharu Batik Air
Pelancaran ini turut menandakan perkhidmatan antarabangsa pertama Batik Air yang dikendalikan dari Subang dimana ia mengukuhkan komitmen syarikat penerbangan tersebut untuk membangunkan SZB sebagai hab perjalanan strategik dan mudah diakses bagi Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.
Selain laluan Bangkok, Batik Air turut memulakan penerbangan terus antara Subang dan Kuching (KCH) pada hari yang sama, memperkenalkan perkhidmatan kedua ke Malaysia Timur dari SZB.
Tambahan laluan ini memperluaskan lagi kehadiran Batik Air di Subang, di mana syarikat penerbangan ini telah pun mengendalikan penerbangan ke Pulau Pinang (PEN), Kota Bharu (KBR), Kota Kinabalu (BKI) dan Tawau (melalui BKI).

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah terletak hanya 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, menawarkan alternatif penjimatan masa kepada para penumpang yang ingin mengelakkan perjalanan yang lebih jauh ke KLIA.
Lokasinya yang strategik berhampiran kawasan utama seperti Petaling Jaya dan Shah Alam menjadikannya pilihan utama bagi penumpang perniagaan dan pelancong khususnya mereka yang berada di Lembah Klang.
Dengan pelancaran penerbangan ke Bangkok dan Kuching, Batik Air kini mengendalikan lima laluan terus dari Subang dan memberikan lebih banyak pilihan kepada para penumpang untuk merancang perjalanan domestik dan serantau mereka.
Penambahan perkhidmatan ini mencerminkan visi jenama terkenal itu untuk menawarkan kesalinghubungan lancar, aksesibiliti yang lebih baik, dan pengalaman perjalanan yang lebih mudah di seluruh Malaysia dan rantau ini.