Syarikat penerbangan premium, Batik Air melancarkan penerbangan sulungnya antara Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (KBR) ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (SZB), dalam usaha mengembangkan lagi pilihan perjalanan domestik buat rakyat Malaysia.
Laluan baharu ini sekali gus dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perjalanan udara dimana ia nyata lebih mudah serta sudah pastinya menjimatkan masa.
Baca Juga:
- Batik Air Kembangkan Rangkaian, Perkenal Laluan Baharu Ke Bintulu, Miri & Sandakan
- Batik Air Umum Laluan Baharu Ke Hat Yai & Krabi
- Batik Air Lancar Laluan Terus Baharu Ke Istanbul
Ia turut menawarkan perjalanan lancar kepada pelancong untuk tujuan percutian dan perniagaan dalam menghubungkan Lembah Klang dengan kawasan timur laut Malaysia itu.
Perkembangan terbaharu itu dalam masa sama turut memberikan alternatif lebih efisien untuk penerbangan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dengan perkhidmatan ini, penumpang boleh berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang lebih dekat dengan bandar Kuala Lumpur, sambil menikmati keselesaan ditawarkan oleh Boeing 737 Batik Air bagi memberikan lebih banyak fleksibiliti untuk kt Kota Bharu.
Difahamkan Batik Air sedang merancang untuk lebih banyak destinasi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang diperkenalkan dalam masa terdekat.
Pada 10 Oktober lalu, Batik Air telah memperkenalkan laluan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Bintulu, Miri dan Sandakan.
Laluan Kuala Lumpur ke Bintulu akan bermula pada 1 November 2024 dan laluan Kuala Lumpur ke Sandakan pada 1 Disember 2024. Manakala, laluan Kuala Lumpur menuju ke Miri pula bermula pada 14 Januari 2025.