Filem Battleship Island arahan Ryoo Seung Wan kini menjadi filem paling hangat dibualkan di Korea Selatan ketika ini dan kutipan tayangan pada hari pertama telah pun berjaya memecah rekod filem Train to Busan. Best atau tak, sama-sama kita nantikan tayangannya di Malaysia pada 17 Ogos ini.

Tertarik dengan ‘Battleship Island’, sebenarnya ia merujuk kepada sebuah pulau di Jepun iaitu Pulau Hashima. Selain daripada itu, pulau ini turut digelar dengan nama Gunkanjima (軍艦島) di dalam bahasa Jepun yang bermaksud ‘Pulau Kapal Perang’ sesuai dengan bentuknya.

2
Gambar: Chris Luckhardt
3
Gambar: Chris Luckhardt

Pulau Hashima terletak kira-kira 15 kilometer dari daerah Nagasaki. Pada tahun 1890, pulau ini telah dibeli oleh Mitsubishi bagi tujuan perlombongan arang batu di bawah laut. Pulau kecil berkeluasan 6,3 hektar ini pernah dihuni oleh 5,000 orang sehingga ia digelar sebagai pulau paling padat di dunia dengan nisbah kepadatan 10 kali ganda dari bandar Tokyo. Tidak sempat bertahan lama kerana kehabisan sumber, pulau ini hanya mampu bertahan sekitar 1 abad sahaja sebelum ditinggalkan mati iaitu pada tahun 1887 hingga 1974.

5
Gambar: Chris Luckhardt
7
Gambar: Chris Luckhardt
8
Gambar: Chris Luckhardt

Sejarah Kelam.

Ketika berlakunya Perang Dunia Ke-2, orang Korea dan China menjadi buruh paksa dan dikerah untuk mencari arang batu bagi keperluan perang Jepun ketika itu dan telah mengakibatkan ramai yang mati. Menurut Suh Jung Woo semasa ditemubual dalam satu wawancara pada tahun 1983, kira-kira setiap 4 daripada 5 orang pekerja mati setiap bulan.

Hal ini adalah salah-satu yang menjadi punca kontroversi terhadap tentangan Korea Selatan dan China semasa UNESCO mengishitharkan Pulau Hashima sebagai tapak warisan dunia pada tahun 2015 dahulu.

12
Gambar: Chris Luckhardt
13
Gambar: Chris Luckhardt
14
Gambar: Chris Luckhardt

Pulau Mati.

Selepas Mitsubishi secara rasmi telah menutup dan mengosongkan pulau ini, banyak bangunan-bangunan runtuh seiring dengan waktunya. Namun, sejak tahun 2009 Pulau Hashima dibuka kembali untuk tujuan pelancongan. Pulau ini memiliki sekolah, teater, dan kemudahan-kemudahan yang lain. Terdapat juga barang-barang kepunyaan penduduk yang masih tertinggal di sana seperti televisyen, buku, kerusi dan lain-lain.

Oh ya, diuli bersama sejarah kematian buruh paksa dan pulau yang ditinggalkan, Pulau Hashima turut dipanggil Pulau Berhantu oleh penduduk setempat. Dikatakan, banyak peristiwa-peristiwa ganjil berlaku di sini. Walaubagaimanapun, ia diukur mengikut kepercayaan masing-masing.

Anda yang berminat ke lokasi-lokasi pelik boleh masukan Pulau Hashima dalam senarai lokasi yang ingin dilawati. Tapi hati-hati, terdapat beberapa kawasan larangan untuk pelancong kerana kondisi bangunan usang yang boleh runtuh pada bila-bila masa.