Adakah anda ingat akan filem atau drama KAMI yang menampilkan Syarul Ezani Mohamed Ezzuddeen, Liyana Jasmay, Nas-T, Ani Zayanah Ibrahim dan Juliana Sophie Evans?

Terbaharu, Atita Haris telah berkongsi sebuah video di TikTok miliknya yang memaparkan dirinya bersama Nas-T.

Baca Juga:

@atitaharis

Hi Abu @Nas-t 🖤 #fyp

♬ Lagu Untukmu – Meet Uncle Hussain

Menerusi video terbabit, dapat dilihat Nas-T dan Atita Haris memakai baju sekolah berdiri bersebelahan antara satu sama lain membawa vibes dalam filem KAMI yang ditayangkan pada tahun 2008.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen rasa teruja melihat Nas-T dan Atita Haris dalam satu video.

Malah, ada juga netizen mengatakan seakan-akan mengimbau gandingan Nas-T dan Atita dalam KAMI The Movie serta rindukan gandingan mereka.