Video bertajuk “If Toronto was occupied by Israel” merupakan hasil kerja seorang warganegara Amerika yang tidak bersetuju dengan tindakan kejam Israel terhadap Palestin. Video yang dimuatnaik oleh Omar Albach ini menerangkan bagaimana keadaannya jika Israel berada di Toronto, Amerika.
Deskripsi video ini menyatakan, “Israel telah membunuh dan menahan kanak-kanak semenjak sekian lamanya. Beribu-ribu rakyat Palestin di Gaza telah dibunuh pada bulan lalu. Sudah tiba masanya kita mengambil tindakan terhadap tindakan haram Israel ini. Berhentilah memberi kemudahan senjata kepada Israel. Mari boikot produk Israel.”
Sekarang, cuba bayangkan jika Israel berada di Malaysia?
https://www.youtube.com/watch?v=OEk69gWVYRs&list=UUC_HCbHDzjCOMqvQ_d9xVpA
Sumber: Omar Albach