Setiap kali pergi bercuti, pastinya kita mahukan sebuah penginapan yang selesa untuk tidur, bukan? Bayangkan, anda sudah bayar mahal tetapi keadaan penginapan anda jauh panggang dari api seperti yang diletakkan dalam iklan.
Terbaharu, pengguna Twitter @BangBadut_ telah berkongsi pengalamannya menginap di sebuah penginapan di Kuantan. Akan tetapi, ini bukanlah satu pengalaman manis tetapi lebih kepada pengalaman buruk.
Airbnb dari neraka.
Untuk mereka2 yang pergi bercuti ke kuantan, elakkan untuk menyewa airbnb ni.
30-31 August haritu, aku ke kuantan, bawak family, so, perlu ambil airbnb yg besar untuk cukupkan tempat tidur semua apa, lepastu —- pic.twitter.com/4NcoQoBsKW
— Robot Duit. (@RobotDuit) September 14, 2020
Menerusi perkongsiannya, pada 30 dan 31 Ogos lalu, beliau telah menyewa Airbnb di Kuantan kerana banyak penginapan telah penuh dan beliau memerlukan penginapan yang besar serta luas untuk keluarganya berdekatan dengan Teluk Cempedak. Jadi, apa yang ‘available’, beliau tempah sahaja.
Wajah ceria bertukar hampa apabila penginapan yang ditempahnya indah khabar dari rupa. Mana tidaknya, lihat dalam gambar bersih tetapi apabila tiba kotor dan tidak seperti dibayangkan kerana harga dibayar tidak berbaloi dengan keadaan penginapan diterima.
Ya ini adalah comforter yg disediakan. Bukan satu ya comforter yg kotor berhabuk dan berkutu tu, boleh dikatakan semua bilik mcm tu ya. Ini adalah comforter dalam bilik aku. Agak2, dah berapa lama dia tak cuci rumah dia ni? pic.twitter.com/kE7Q6l7pKl
— Robot Duit. (@RobotDuit) September 14, 2020
Jom kita tengok bilik air pulak.
Steady betul bilik air dia. Punyalah bontot aku mogok, kalau tak setiap hari dia nak berak, tapi dengan bilik air mcm ni, mogok dia tak ak berak. Tak ada selera nak berak katanya.
Ya, RM747.28 / satu malam ya tuan tuan dan puan puan sekalian. pic.twitter.com/E1fveDo8vx
— Robot Duit. (@RobotDuit) September 14, 2020
Walaupun keadaan penginapan tidak bersih dan tidak selesa, tetapi beliau tutup sebelah mata sahaja kerana mengenangkan pemiliknya Melayu. Lebih mengecewakan apabila beliau membuat aduan kepada pemilik Airbnb itu tentang dekoder Astro tidak berfungsi dan TV tidak boleh hidup, pemilik memintanya untuk call pihak Astro sendiri untuk membetulkannya.
Ketika dihubungi, beliau sedar dan faham semua ini berlaku kerana kecuaian dirinya tidak membaca ‘review’ dan menyewa tempat penginapan tersebut. Pada mulanya, beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak membuat sebarang laporan agar tidak menutup periuk nasi orang.
Seterusnya, aku ni malas lah nak report pada airbnb semua apa berkenaan teruknya rumah tu. Tapi yg tak best nya, harini aku cek email dan ada email dari airbnb, review daripada host terhadap aku. pic.twitter.com/NP1qv4JeiZ
— Robot Duit. (@RobotDuit) September 14, 2020
Akan tetapi, beliau mendapat emel iaitu laporan Airbnb berhubung ‘review’ pemilik Airbnb terhadap dirinya. Menerusi laporan itu, pemilik mengatakan beliau yang mengotorkan rumahnya.
Oleh itu, beliau telah menghubungi pihak Airbnb berhubung perkara tersebut dan hal itu akan cuba diselesaikan dalam masa 48 hingga 72 jam.
Kemaskini: menurut jurucakap Airbnb, pihak mereka bekerja keras untuk memastikan setiap tetamu mempunyai pengalaman yang baik dan kecewa apabila mengetahui akan kejadian ini. Pihaknya telah menghubungi tetamu itu untuk membantu memperbaikinya dan menggantung tuan rumah dari platform. Dengan lebih daripada 750 juta kedatangan tetamu di Airbnb setakat ini, insiden negatif sangat jarang berlaku.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan penginapan yang indah khabar dari rupa pada pautan di bawah ini.
Lelaki Ini Kongsi Gambar Kediaman Airbnb Yang Ditempahnya Di Amsterdam
Penginapan ‘Unik’ Airbnb Di Petaling Jaya Ini Tawar Pengalaman Realiti Kehidupan Miskin Bandar