Menjadi harapan setiap pemilik apabila kenderaan yang rosak yang dihantar ke bengkel untuk pulih seperti sedia kala.

Namun, seperti tikus membaiki labu pula apabila sebuah bengkel yang dipercayai milik warga asing yang terletak di Sentul ini telah menyebabkan sebuah motor pelanggan tempatan bertambah rosak selepas dihantar baiki ke situ.

Lelaki tempatan itu memuat naik sebuah video yang memperlihatkan keluhan kecewa apabila menghantar motor Y15 ke bengkel terbabit selepas menghadapi kerosakan yang hampir seminggu.

Difahamkan bengkel terbabit telah mengenakan caj sebanyak RM800 tetapi keadaan motor semakin tenat pula.

“Elakkan datang baiki motosikal anda semua di salah sebuah bengkel, saya baiki motor di sini, semakin rosak dibuatnya,” tulisnya.

Oleh itu, dia menasihati orang ramai agar tidak mengunjungi ke bengkel itu dek kerana takut terjadi benda yang sama.

@mieyfikrihilmi96

#fyp TOLONG VIRALKAN untuk keselamatan org2, takut nanty korang terkene mcm aku. Dh 1 minggu lebih x cari rezeki motor rosak lagi.

♬ bunyi asal – Abe PANDA – Abe PANDA

Menjengah ke ruangan komentar, sebahagian netizen berkongsi yang mereka turut pernah mengalami perkara yang sama dengan kedai tersebut.

Malah, ada yang menasihati untuk elak pergi ke bengkel yang dimiliki atau menggunakan tenaga kerja dari kalangan warga asing kerana tidak pasti kemahiran mereka dalam bidang pembaikian motor adalah layak ataupun tidak.