Setiap pemilik kereta perlu membuat servis berkala supaya kenderaan yang dinaiki dapat memberikan keselesaan dan tidak mendatangkan kerosakan yang lebih teruk pada masa akan datang.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi melalui media sosial Twitter berkongsi pengalamannya hampir perlu ‘membayar lebih’ apabila pihak pusat servis mengeluarkan quotation pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun selepas wanita memberikan ‘pencerahan’ kepada pihak pusat servis itu, akhirnya dia hanya perlu menukar minyak hitam dan oil filter sahaja.

Tambah wanita itu lagi, hanya sebab dia datang ke pusat servis seorang diri tidak bermaksud dia tidak tahu apa-apa mengenai servis kereta.

Nyatanya lagi, semasa servis keretanya sebelum ini, pusat servis ada memberitahu bateri keretanya perlu ditukar dan harganya RM500. Bagaimanapun dia menolak kerana kos untuk menukar bateri sel basah kepada bateri sel kering di ‘bengkel luar’ cumalah RM260 sahaja.

Ciapan itu telah mendapat sokongan daripada pengguna Twitter yang lain. Mereka juga sudah banyak kali terkena dengan beberapa pusat servis yang tidak jujur sehingga berlaku pertelingkahan di antara kedua-dua pihak.

https://twitter.com/hamizahr_/status/1624949935526526977?s=20&t=z1EnaM_hbuXJRNOE0rChGw

Netizen turut mencadangkan kepada orang ramai untuk pergi ke pusat servis yang betul-betul di bawah seliaan pengeluar kereta, bukan dikendalikan oleh pihak ketiga walaupun kedua-duanya adalah ‘pusat servis rasmi’.

Ini kerana pusat servis di bawah seliaan pengeluar kereta tidak mempunyai masa untuk membuat ‘extra service‘ yang disebabkan banyak kereta beratur untuk diservis dan selalunya pihaknya akan menyarankan pelanggan untuk menukar parts yang perlu sahaja.

Dalam masa sama, ada netizen berpendapat untuk menukar parts pada kereta bukan bergantung pada mileage semata-mata sahaja, kerana ada parts mempunyai ‘tarikh luput’ yang tersendiri. Jika hayat parts itu sudah sampai tamat tempoh, ada kemungkinan ia bakal memberikan masalah kepada pemilik kenderaan pada masa akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.