Angkara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah bengkel, seorang lelaki bertindak ‘menyerbu’ premis berkenaan sehingga akhirnya mencetuskan perang mulut dengan mekanik dipercayai pemilik bengkel.

Menerusi hantaran di Facebook yang dikongsikan oleh pemilik akaun bernama Lissa Qistina, difahamkan suaminya sudah membayar RM8,000 kepada bengkel tersebut untuk membaiki kerosakan enjin kereta jenis Mitsubishi Triton milik mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun jelasnya, enjin kenderaan berkenaan masih mengalami kerosakan biarpun sudah ‘melabur’ ribuan ringgit.

“Pelik betul dengan pomen ni. Repair kereta sampai RM8,000 lebih. Engine still problem. Bila call dan WhatsApp tak nak reply.

“Tanya pekerja, pekerja suruh bincang dengan bos pula. Bila kita datang nak bincang, boleh dia pukul daddy (suami) dengan pekerja siap pegang daddy. Siap ugut-ugut lagi.

“Lagi cabar kita suruh buat report. Besar sangat kabel dia ni,” tulisnya yang dipercayai merujuk ‘daddy’ sebagai suaminya.

Dia turut memuat naik sebuah video bersama hantaran berkenaan, yang memaparkan perang mulut di antara suaminya dengan pemilik bengkel tersebut.

Dalam video berdurasi sekitar 6.22 minit itu, kedengaran suami wanita tersebut meluahkan rasa tidak puas hati ekoran sikap pemilik bengkel berkenaan yang didakwa tidak bertanggungjawab.

“Aku call, WhatsApp semua tak reply.

Budak kau pulak suruh tunggu bos, tunggu bos. Apa benda?

“Aku nak kau repair balik. Aku Whatsapp, call semua tak layan. Bila aku datang, baru suruh hantar kereta.

“Sebulan setengah aku parking sini, bayar habis. Aku minta tempoh (nak bayar), sikit pun kau tak nak kautim,” luah lelaki berkenaan.

Menerusi ruangan komen, wanita tersebut mendakwa, ia adalah kali kedua mereka membaiki kerosakan enjin kenderaan berkenaan.

“Sebelum RM8,000, dah repair masalah yang sama dengan RM3,000 tapi masalah tak settle juga,” tulisnya namun tidak menyatakan sama ada kenderaan tersebut dihantar ke bengkel yang sama sewaktu kali pertama.

Difahamkan, bengkel berkenaan terletak di Senawang, Negeri Sembilan. Sementara, netizen pula menyarankan pasangan itu untuk membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan.

Bagaimanapun setakat ini, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sumber