Pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk menggugurkan nama pengacara sensasi Azwan Ali atau dikenali Diva AA sebagai pengacara program realiti Mic On musim kedua (Mic On 2) berkuat kuasa serta merta semalam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan program Mic On 2 dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terbabit.
Menerusi laporan, Azwan Ali berkata persoalan tentang sebab sebenar mengapa dirinya digugurkan sebagai pengacara program realiti itu sepatutnya diajukan kepada pihak pengurusan Awesome TV yang mengambil keputusan tersebut.
“Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat.
“Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya,” kata Azwan.
Tambahnya, disebabkan dia pengacara rancangan tersebut maka menarik penonton melihat program itu. Malah, Azwan berharap pihak penyiar tidak sesekali mempergunakan orang sesuka hati dan menyelesaikan hutang mereka secepat mungkin.
Akan tetapi, punca sebenar Azwan digugurkan daripada program itu tidak didedahkan dan Azwan mahu pihak pengurusan yang mengeluarkan kenyataan media.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Netizen Pelik Mengapa Ada Pihak Sanggup Ambil ‘Kak Long’ Untuk Buat Promosi Produk
TGV Cinemas ‘Re-Start’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Beri Alasan Ada Pelanggan Datang Lambat
Bas Ekspres Mewah Lengkap ‘Smoking Room’ Didakwa Langgar Undang-Undang Pengangkutan Awam