Ketika ini, drama Queen of Tears sedang ditayangkan di Netflix dan k-drama itu memang menjadi perhatian ramai terutama sekali peminat drama Korea kerana menampilkan pelakon dengan bayaran mahal serta jalan ceritanya yang berbeza.
Akan tetapi, satu babak dalam drama itu yang menampilkan beberapa pelakon hebat dan terkenal dalam satu frame telah menjadi perhatian Nazim Othman. Menurutnya, ia tidak mustahil di sana tetapi tidak untuk industri tempatan.
Baca Juga:
- Bangga Jadi Pelakon Ekstra Aliff Syukri, Lelaki Ini Ditempelak Netizen
- Graduan Seni Lakon Susah Cari Peluang, Penerbit Masih Pandang ‘Followers’ Berbanding Bakat
- Inilah Realiti Kejam Di Sebalik Industri Anime Di Jepun
Dalam satu perkongsiannya di Instastory, dia turut mendedahkan sisi sebenar industri seni tempatan yang mungkin tidak diketahui umum.
Menurutnya, segelintir produser menawarkan kontrak berat sebelah kepada pelakon dan krew produksi dimana lebih menguntungkan pihak produser.
Bukan itu sahaja, pihak produser juga akan meminta diskaun pembayaran dan apabila ada yang mempertahankan ‘nilai’ mereka, pelakon yang ‘memberontak’ itu akan dilabel sebagai demanding dan bermasalah.
di Malaysia ada segelintir produser memberikan kontrak berat sebelah kepada pelakon dan krew produksi.
Malah, pelakon Malaysia sebenarnya penerima bayaran paling rendah jika dibandingkan dengan negara serantau lain. Nazim juga mendedahkan para pelakon juga perlu mengeluarkan modal sendiri untuk menyediakan pakaian bersesuaian dengan watak mereka dan tiada bayaran tambahan untuk props terbabit.