Pemain Bayern Munich, Michael olise tidak ada rasa simpati kepada Auckkland City. Bayern Munich membelasah kelab amatur dari New Zealand itu dengan kemenangan 10-0.

Sebelum sepak mula, presiden FIFA menyifatkan bahawa Piala Dunia Kelab adalah aksi di antara pasukan terbaik menentang pasukan terbaik di dunia.

Namun aksi semalam adalah antara pasukan terbaik di Jerman berdepan dengan pasukkan amatur dari New Zealand. Ya, pasukan amatur.

Di pasukan sebelah ada Harry Kane yang menerima gaji €25 juta setahun. Sementara di pasukan sebelah lagi, penjaga gol mereka Conor Tracey — penjaga gol pada waktu malam, dan penyelia di gudang bekalan veterinar pada waktu siang.

Dibelasah Bayern Munich 10-0, Inilah Kelab Amatur Auckland City Yang Turut Diwakili 'Supervisor' Gudang

Dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menambah cuti tahunannya untuk beraksi di Piala Dunia Kelab 2025.

Auckland City yang diwakili pemain semipro

Bersama dengan Bayern ada pemenang Piala Dunia, sementara bersama sama dengan Auckland City, adalah rakyat biasa dari New Zealand yang bekerja pekerjaan harian dan perlu mengambil cuti — ada yang bergaji, ada yang tidak — untuk ke Amerika Syarikat demi kejohanan bola sepak.

Malah ada beberapa pemain mereka yang tidak dapat menyertai pertandingan ini kerana tidak dapat cuti daripada majikan mereka dan ada urusan keluarga seperti menghantar anak ke sekolah pada hari persekolahan.

Dylan Manickum, seorang jurutera tapak pembinaan berusia 32 tahun; dan Michael Den Heijer (gambar), penyelaras program di sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokuskan kepada belia.

auckland

Mereka juga ada tukang gunting rambut dan ejen hartanah, jurulatih kecergasan peribadi dan pelajar. Ada Angus Kilkolly, pengurus cawangan untuk syarikat alat perkakas; dan Jordan Vale, seorang guru sekolah; serta Haris Zeb, seorang penghantar barang.

@oceaniafootball

Haris Zeb does it again for Auckland City FC at the OFC Men’s Champions League 2025 🇳🇿 Watch all the action LIVE and FREE on FIFA+ #OMCL

♬ Celebration – FASSounds

“Minggu ini saya bangun pagi untuk memuatkan kereta dengan bungkusan, ketuk pintu rumah, anjing menggila dan kejar saya sepanjang jalan masuk,” kata Zeb kepada FIFA.com bulan lalu.

“Dan bulan depan saya bermain menentang Bayern Munich. Ia seperti saya menjalani kehidupan berganda!”

Kos penerbangan mereka ke AS bagi mengejar impian ini adalah kira-kira dua kali ganda jumlah pendapatan tahunan Auckland City, menurut laporan The Athletic.

Skuad Bayern pula, menurut Transfermarkt, bernilai lebih daripada $1 bilion. Malah menurut laman Football Ranking, penerima gaji tertinggi di Auckland City perlu bekerja 107 tahun untuk menyamai gaji seminggu Harry Kane di Bayern Munich.

Kelab Auckland City tertakluk kepada gaji siling €78 seminggu.

Bagai langit dan bumi

Jadi, sudah tentu gergasi Jerman itu menjadikan perlawanan Ahad sebagai satu perarakan dan pembantaian. Mereka melakukan 31 percubaan berbanding satu oleh Auckland City. Jamal Musiala  menjaringkan hatrik walaupun hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-61.

jamal musiala

Dan jelas ini adalah antara perlawanan paling tak seimbang dalam sejarah kejohanan bertaraf dunia FIFA.

Baggaimana dan kenapa Auckland City yang amatur berada dalam Piala Dunia Kelab?

Sebenarnya, Auckland City ialah pasukan veteran dalam Piala Dunia Kelab — versi lama dengan tujuh pasukan, sebelum format kejohanan diperluaskan — kerana mereka adalah kelab paling dominan yang bernaung di bawah Oceania.

Kejohanan tersebut diiktiraf oleh FIFA sebagai pertandingan antara kelab Oceania.

Sepanjang dua dekad lalu, mereka telah memenangi Liga Juara-Juara rantau itu sebanyak 13 kali.

Namun di New Zealand, sukan ragbi adalah raja, beberapa kelab profesional yang sah bertanding dalam A-League Australia. Kelab-kelab itu — Wellington Phoenix dan Auckland FC — oleh kelab New Zealdn ini tidak layak untuk menyertai Liga Juara-Juara Oceania.

auckland fc

Dan Liga Juara-Juara Oceania itu adalah laluan semula jadi ke Piala Dunia Kelab — yang mana, untuk memenuhi janji FIFA “menjadikan bola sepak benar-benar global,” perlu ada wakil dari setiap benua.

FIFA, semestinya, memberikan kuota yang tidak seimbang. Mereka memberikan 12 tempat kepada Eropah dan enam kepada Amerika Selatan, serta empat tempat masing-masing kepada Asia, Afrika, dan Amerika Utara/Tengah. Oceania hanya mendapat satu tempat tetap — dan Auckland City memenangi slot mereka dengan mudah.

Piala Dunia Kelab
REUTERS/Cesar Olmedo

Di peringkat domestik,  dan di peringkat Liga Juara-Juara Oceania, pasukan yang digelar “Navy Blues” ini adalah gergasi.

Mereka adalah mengawal bola dan mendominasi perlawanan. Boleh dikatakan mereka melakukan apa yang Bayern Munich lakukan ke atas mereka, kepada lawan mereka yang lain di Oceania.

Walaupun mereka amatur atau separa profesional, ramai di antara mereka pernah dan masih merupakan pemain berbakat yang pernah beraksi di kolej atau kelab belia elit. Tetapi mereka jelas tidak setaraf dengan Bayern Munich.

Dan kekalahan besar mereka memang sudah dijangka.

“Saya hampir berharap ia tidak sampai angka dua digit,” kata pengulas warna Steve McManaman lewat separuh masa kedua.

Namun, Bayern tidak bersimpati dengan pasukan sambilan itu. “Adakah awak rasa sedikit kasihan kepada Auckland?” tanya seorang penemuramah kepada Michael Olise selepas perlawanan. “Tak,” jawab Olise sambil ketawa kecil. “Tak.”

Bayern benar benar mencetak 2 digit dalam perlawanan ini. Namun sebenarnya, tidak semua perlawanan akan berat sebelah sebegini. Tiada lagi kelab amatur lain. Bahkan pasukan ke-29, ke-30 dan ke-31 dalam kejohanan ini jauh lebih kuat daripada pasukan ke-32.

Tetapi bagi Auckland City, jurangnya terlalu besar. Dua lagi perlawanan mereka dalam Kumpulan C adalah menentang gergasi Argentina, Boca Juniors, dan kelab dari Portugal, Benfica.

Apa yang pasti kehadiran mereka ke Piala Dunia kelab kerana mereka adalah wakil Oceania, walaupun mereka jauh daripada status pasukan terbaik di New Zealand. Kerana pasukan terbaik di negara itu sedang beraksi di liga lebih kompetitif iaitu A-League.