Florian Wirtz dan Bayern Munich dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dalam terma dan syarat kontrak.
Namun belum ada sebarang rundingan rasmi antara kedua dua kelab tentang perpindahan pemain itu.
Perkara itu membuatkan segelintir peminat Leverkusen menyatakan bahawa perkara seperti ini sudah biasa berlaku di Jerman.
Namun begitu, tidak pasti sama ada Bayern mahu membeli pemain itu musim hadapan atau musim berikutnya?
Seperti dilaporkan sebelum ini Florian Wirtz hanya mahu menyertai Bayern Munich. Dan dia tidak akan mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain.
Nilai pasaran Florian Wirtz
Bayern Munich sebelum ini telah menangguhkan rundingan mendapatkan Wirtz, setelah Leverkusen meletakkan harga €150 juta termasuk bonus.
Jadi, Bayern akan membayar sehingga €250 juta untuk Wirtz bagi yuran perpindahan dicampur dengan kontrak pemain itu.
Bayern dikatakan yakin bahawa Leverkusen ketika ini akan terbuka untuk menerima bayaran €100 juta untuk pemain itu.
Memandangkan Wirtz hanya mahu berpindah ke Bayern. Dan pada masa yang sama, Leverkusen sudah kembali kepada pasukan feeder – menjual pemain – sekali lagi berbanding pasukan yang mengutamakan pemburuan trofi.
Musim ini Leverkusen keberatan menjual Wirtz kerana mereka mempertahankan kejuaraan domestik berganda kelab itu.
Tetapi dengan berita bahawa Xabi Alonso juga akan meninggalkan kelab itu, dipercayai untuk menyertai Real Madrid, maka Leverkusen mungkin sudah terbuka untuk menjual Wirtz.

Wirtz akan sedia menunggu tawaran Bayern sehingga tahun hadapan jika Bayern tidak membidanya musim panas ini. Dalam usaha dia mahu memastikan kelab juga mendapat hasil daripada penjualannya.
Exclusive ✅ FC Bayern and Florian Wirtz (22) have agreed on a transfer!
❇️ Bayern want to offer Leverkusen €100 Million for this Summer
❇️ Wirtz would also wait for Bayern until 2026 if no agreement is reached
❇️ Wirtz has a contract at Leverkusen til 2027@BILD_Sport… pic.twitter.com/K6cE6keIbn— Christian Falk (@cfbayern) May 9, 2025
Ini kerana kontrak semasa Wirtz adalah sehingga tahun 2027.
Adakah Wirtz akan menjadi bintang baharu Bayern pada musim hadapan? Dan pastinya ia akan mewujudkan persaingan sengit kepada Jamal Musiala.