Pada hari ini ramai netizen terkejut apabila melihat beberapa gambar dan klip video tular menunjukkan Zoo Melaka menerima kehadiran pengunjung yang luar biasa ramainya.

Menerusi perkongsian warganet, orang ramai sudah mula beratur panjang di Zoo Melaka seawal jam 7 pagi lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara aplikasi Waze dan Google Maps pula menunjukkan laluan beberapa lokasi di Melaka berwarna merah, sesak dengan kebanjiran orang ramai di atas jalan raya.

Untuk makluman, hari ini, 20 Februari 2024, terdapat 10 lokasi ditawarkan kemasukan percuma sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, petik Kosmo.

Sepuluh lokasi itu adalah Zoo Melaka, Melaka Wonderland & Themepark, Melaka River Cruise (MRC), Menara Taming Sari dan Malaysia Heritage Studios.

Selain itu, beberapa tempat lain adalah Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Balai Cerap Al-Khawarizmi, Taman Laut Melaka, kelab-kelab golf Melaka (terpilih) dan Muzium Penjara Malaysia.

Jadi orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pergi ke lokasi-lokasi pilihan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, tawaran tersebut dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkunjung ke Melaka pada hari tersebut.

Ujarnya, kerajaan negeri juga menyediakan parkir secara percuma di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Difahamkan terdapat dua sesi bagi kemasukan percuma di Zoo Melaka; pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari (sesi pertama) dan pukul 2 petang hingga 3.30 petang (sesi kedua).

“Bagi mereka yang ingin menaiki bot MRC, ia akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, manakala Menara Taming Sari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu sidang akhbar awal bulan ini.

Tambahnya, sambutan Majlis Memperingati Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu akan turut diadakan pada hari tersebut bermula pada pukul 4 petang dengan perarakan Kereta Tunku M4442 bersama rombongan di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.

Bagi yang berada di sekitar Melaka harap dapat bersabar dengan keadaan sesak yang luar biasa pada hari ini.

Sumber