Sudah sekian lama Apple menghadapi masalah stok iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang terhad. Disebabkan permintaan yang tinggi oleh para peminat, tempoh penghantaran pula mencecah sehingga sebulan lamanya untuk pembelian menerusi kedai dalam talian Apple.

Terkini, berita baik baik bagi mereka yang ingin membeli iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max di Malaysia kerana waktu menunggu untuk membeli kini adalah sekitar 1 minggu ke 2 minggu sahaja. Malah, bagi mereka yang ingin membeli siri iPhone 14 biasa pula akan dihantar terus sebaik pembelian dibuat.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Apple

Difahamkan tempoh penghantaran berjaya dipendekkan selepas perintah berkurung untuk kilang di China baru sahaja diangkat. Jadi, pihak pembekal boleh beroperasi seperti biasa dan meneruskan penghasilan siri iPhone 14 Pro mengikut jadual yang ditetapkan.

Hal ini sekaligus memberikan impak positif buat Apple dalam memenuhi permintaan pelanggan dalam masa yang sama menerima hasil jualan yang lebih tinggi. Inilah masa yang sesuai buat anda yang mahu memiliki siri iPhone 14 Pro sebelum tiba tahun baharu kelak.

Sumber