Memang tidak dinafikan salah satu perkara wajib yang ada pada telefon pintar adalah berskrin besar. Oleh itu, Apple memperkenalkan iPhone 14 Plus yang mempunyai skrin besar untuk mereka yang berminat.
Menerusi laporan The Information, Apple kini dilaporkan telah menghentikan pengeluaran iPhone 14 Plus kerana tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Perkara ini bagaimana seperti sudah dijangka kerana sebelum ini Apple turut menggurangkan pengeluaran iPhone 14 sehingga enam juta unit.
Baca Juga:
- Tidak Mahu Rugi Teruk, ‘Scalper’ Terpaksa Jual iPhone 14 Pada Harga Lebih Rendah Di China
- Alami Peningkatan Kos Penghasilan, Apple Pilih Tidak Naikkan Harga Siri iPhone 14
Sumber menyatakan Apple kurang yakin dengan minat pengguna terhadap iPhone dengan skrin bersaiz besar. Tambahan sumber lagi, dua pembekal Apple yang bertanggungjawab kepada komponen iPhone khusus untuk skrin besar sedang mengurangkan pengeluaran sehingga 70% ke 90%.
Perkara yang sama berulang lagi seperti mana yang terjadi pada iPhone 12 Mini dan iPhone 13 Mini di mana skrin terlampau kecil sekaligus tidak menerima permintaan yang memberangsangkan. Harga jualan iPhone 14 Plus juga agak tinggi dan dikira tidak berbaloi kerana tiada perbezaan yang ketara di antara iPhone 14.