Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk seri Dr Ismail Mohamed Said tampil mengakui bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab ke atas timbunan kampit beras dan barang dapur di tapak pembuangan sampah berdekatan Jalan Pintasan Makmur-Gunung Senyum di Temerloh Pahang.
Dipetik daripada BH Online, Ismail berkata: “Saya bertanggungjawab penuh dan sangat menyesali perkara ini, dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur yang viral di media sosial.
Baca Juga:
- ‘Siapa Buat?’ – Puluhan Kampit Beras, Sardin, Tepung Dibuang & Dibakar
- Bukan Letak Dalam Beras, Apple Kongsi Cara Keringkan iPhone Basah Dengan Betul
- ‘Upacara Buang Sampah Oleh Rakyat Kelantan’ – Jalan Ke Gua Musang Kotor
“Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang.”
‘Siapa Buat?’ – Puluhan Kampit Beras, Sardin, Tepung Dibuang & Dibakar
Semalam telah tular video menunjukkan timbunan kampit beras, tin sardin, tepung dan beberapa barangan makanan lain dibuang di tapak pembuangan sampah.
Netizen menganggap ianya satu pembaziran dan ramai yang mengecam. Ismail menyatakan kepada media bahawa baranga dapur berkenaan adalah barang yang disimpan di stor simpanan khas untuk keperluan orang ramai ketika dia masih menjadi ahli parlimen.
Datuk Seri Dr Ismail menegaskan bahawa barangan tersebut dibeli menggunakan peruntukan peribadi sebelum PRU ke-15 pad 2022. Namun ketika itu, semua pihak berkempen dilarang memberikan barangan kepada orang awam.
Dia menafikan barang tersebut menggunakan wang kerajaan persekutuan atau wang daripada kerajaan negeri Pahang.
Sebaliknya Ismail menggunakan dana peribadinya untuk menyediakan barang keperluan asas kepada rakyat di kawasannya untuk menghadapi tempoh pandemik dan bencana alam seperti banjir.
Dan dia terpaksa membuang barang barang tersebut kerana aduan daripada jiran jirannya menyatakan bahawa barang barang tersebut mengeluarkan bau busuk.
Siasatan di stor simpanan mendapati beberapa bangkai tikus ada di dalam stor. Sementara beras dan barang dapur lain dicemari bubuk dan kutu beras.
Sebahagian daripada beras sudah diserahkan kepada peternak ayam dan itik di kawasan sekitar dan selebihnya dilupuskan. Sementara barangan seperti sardin, tepung dan mi yang sudah tercemar tidak boleh diagihkan kepada orang ramai.
Dia mengakui pihaknya khilaf dalam melupuskan barang barang tersebut.