Tular beberapa gambar dan video di media sosial satu insiden tidak diingini berlaku apabila orang awam menemui puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang dan dibakar di kawasan pembuangan sampah.

Difahamkan kesemua barangan keperluan asas itu dijumpai berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum dekat sini.

Baca Juga:

Perkara itu membuat orang ramai tertanya siapakah pihak bertanggungjawab membuat perkara itu terjadi.

Dalam pada masa sama, tindakan itu menyebabkan salah satu punca mengapa stok beras putih tempatan (BPT) berkurangan di pasaran sekarang.

Memetik Berita Harian, sumbernya yang boleh dipercayai memberitahu beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak setelah disimpan terlalu lama.

Dalam masa sama, ada netizen mendakwa kesemua barangan asas itu adalah milik ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dikatakan kesemua barang makanan itu sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.

Bagaimanapun tiada pihak tampil mengaku mahupun menafikannya dan perkara itu terus menjadi tanda tanya ramai.

Netizen berharap pihak berkuasa dapat mencari pelaku untuk mendakwa mereka atas kesalahan pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku sehingga merugikan orang ramai.

Sumber