Bekas pemain Arsenal, Fabian Caballero, meninggal dunia pada usia 46 tahun selepas rebah semasa perlawanan. Difahamkan Caballero rebah ketika bermain futsal bersama beberapa rakan di Asuncion di tanah airnya.

Dilahirkan di Paraguay, penyerang agresif itu diikat Arsene Wenger pada 1998 tetapi hanya membuat tiga penampilan untuk The Gunners dalam semua pertandingan.

Baca Juga:

Tidak dapat menembusi pasukan utama kerana perlu bersaing dengan pemain seperti Nicolas Anelka, Nwankwo Kanu dan Dennis Bergkamp, Caballero kembali ke Paraguay dan menyertai Atletico Tembetary semula.

Caballero kembali ke bola sepak Britain dua tahun kemudian dan menyertai Dundee di mana dia menghabiskan lima musim di Dens Park, meraih gelaran naib juara Piala Scotland pada tahun 2003 selepas tewas kepada Rangers di perlawanan akhir.

“Semua di Kelab Bolasepak Dundee sangat terkejut dan sedih pagi ini mengetahui pemergian bekas pemain Dundee, Fabian Caballero,” kata kenyataan kelab

“Fabian meninggal dunia pada usia 46 tahun dan akan dirindui oleh semua Dundee. Fabian menyertai Dee pada Julai 2000 dan menjadi kegemaran peminat di kalangan penyokong Dundee.

“Fabian akan sentiasa berada di dalam fikiran dan hati kelab dan kami bersama keluarga Fabian pada waktu sangat sedih ini.”

Sepanjang karier yang merantau, Caballero juga pernah bermain di Greece, Cyprus, Korea Selatan, dan Guatemala, serta mendapat gelaran Tyson sepanjang kariernya.

FA Paraguay berkata dalam satu kenyataan: “Persatuan Bola Sepak Paraguay amat sedih dengan pemergian bekas pemain bola sepak, Fabian Caballero yang mempunyai kerjaya cemerlang dalam bola sepak Paraguay dan di luar negara.