Bekas pemain Barcelona, Jeremy Mathieu mengakui bahawa dia sedang bekerja di sebuah kedai barangan sukan ketika dia sedang dalam tekanan dan berusaha menyelesaikan masalah hutangnya.
Mathieu menegaskan bahawa dia sedang berdepan dengan saman dan menghadapi tekanan secara mental untuk mengatasinya. Oleh sebab itu Jeremy Mathieu bekerja di kedai barangan sukan.
Mathieu berkata kepada BeIN Sport:”Saya sedang bekerja dekat kedai sukan Intersport, sebab ada sesuatu menimpa hidup saya yang menjerumuskan saya ke dalam banyak masalah.
“Saya hanya boleh katakan bahawa sekarang saya sedang berdepan dengan tindakan mahkamah. Saya tak akan bekerja di tempat itu selamanya.
“Saya bekerja di sini bukan untuk menyelesaikan masalah kewangan saya. Sebaliknya saya mahu merasai kehidupa sosial saya, dengan keluar rumah dan bergaul.”
🗣️ Jérémy Mathieu parle de son passage au Barça… pic.twitter.com/HCVKlUJKLX
— Blaugranation (@blaugranation_) February 27, 2026
Mengulas lanjut, Jeremy Mathieu turut mendedahkan dia kini berdepan dengan masalah kemurungan dan sedang berjuang untuk melawannya.
Dia sedar bahawa, pekerjaan sebagai jurujual di kedai barangan sukan tidak akan dapat membantunya menyelesaikan masalah hutang.
Dia masih ada simpanan untuk membayar saman tersebut mengikut jadual ditetapkan mahkamah.
Jeremy Mathieu pada satu ketika pernah menerima gaji sehingga €150 ribu seminggu di Barcelona. Dan menerima kira kira €50 ribu seminggu di Valencia.
Dia juga pernah memenangi treble bersama dengan BArcelona pada 2015 dan bersara pada 2023.