Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar bersuara mengenai insiden pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan Piala Belia 2024 antara Sri Pahang menentang Melaka FC baru-baru ini.
Video insiden pergaduhan tersebut tular di laman media sosial yang menunjukkan pemain dari kedua-dua pasukan saling memukul antara satu sama lain dimana pengadil dan pegawai cuba untuk meleraikan kekecohan yang berlaku.
Baca Juga:
- Liga Amatur Terengganu Dicemari Pergaduhan, Bapa Pemain Pecah Kepala
- KFA Dedah Pemain Korea Bergaduh Sebelum Lawan Jordan
- Dion Cools Terlibat Dalam Insiden Pergaduhan Ketika Aksi ACL
Menurut Safirul, insiden tersebut tercetus kerana ada sesetengah jurulatih khususnya di peringkat akar umbi yang lebih gemar memiliki sifat agresif di atas padang.
Selalunya player2 muda yg byk pakai otak & tidak over agresif dlm game akn lebih berjaya mengawal diri mereka dlm situasi begini
Tapi malangnya segelintir coaches lebih suka kpd pemain2 berkarakter agresif. Mereka berpendapat yg jenis suka mengelak physical clashes ni sbg lembik https://t.co/hRIXdIQ6zK
— safirul (@SafirulAbuBakar) May 13, 2024
“Selalunya pemain-pemain muda yang banyak memakai otak dan tidak terlalu agresif ketika perlawanan akan berjaya mengawal diri mereka dalam situasi seperti ini.
“Tapi malangnya segelintir jurulatih lebih suka kepada pemain yang mempunyai karakter agresif. Mereka berpendapat pemain yang suka mengelak dari pertembungan fizikal sebagai lembik,” katanya.
Tambah bekas CEO NFDP itu lagi, kejadian seperti ini membuatkan Malaysia kekurangan pemain yang mempunyai daya fikir tinggi dan membuatkan pencari bakat salah faham mengenai tujuan mencari bakat muda yang berpotensi.
“Atas sebab ini juga pencari bakat tempatan kadang-kala tersilap apabila menilai pemain muda. Tidak boleh bezakan pemain yang berpotensi dengan pemain yang mempunyai prestasi semasa yang tinggi.
“Kita lebih tertarik kepada yang lebih besar, laju, sepak kuat, lompat tinggi. Selalunya yang mempunyai potensi tinggi akan diletkkan di bangku simpanan ataupun tidak diturunkan langsung,” tambahnya.
Insiden pergaduhan yang berlaku turut mendapat kecaman dari peminat bola sepak tanah air dimana kejadian itu berlaku ketika negara sedang berduka atas insiden menimpa Faisal Halim dan Akhyar Rashid dan kempen anti keganasan dalam bola sepak sedang giat dijalankan.