Anak kepada legenda bola sepak Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Mohd Zaiza telah dituduh mengeluarkan kata kata kesat kepada bekas isteri, Suzur Sofia.
Zaiza yang juga bekas pemain Liga Super Malaysia sebelum ini dituduh melakukan kekerasan ke atas bekas isteri dia, Suzur Sofia, namun dia menafikan kesemua tuduhannya.
Baca Juga:
- Bunga Citra Lestari Mahu Tiko Aryawardhana Abaikan Kecaman Dan Terus Bebas Menjadi Diri Sendiri
- Angelina Jolie Nekad Jadi Orang Kemboja Kerana Masyarakat Amerika Berfikiran Sempit Dan Toksik
- Wahab Buat Laporan Polis Akui Diganggu Secara Seksual Oleh Agus Ketika Di Bintulu
Tidak cukup dengan itu, Suzur Sofia juga mendedahkan Zaiza pernah menyuruh orang lain meniduri isterinya beramai ramai.
Mereka terus terlibat dalam beberapa siri pertengkaran lagi. Suzur Sofia melabel Zaiza sebagai gila talak dan juga kaki ‘stalk’.
Terbaru Suzur Sofia memuat naik tangkap layar perbualan dia dengan Zaiza. Di mana dia telah dimaki hamun dengan teruk oleh Zaiza. Hanya kerana dia meminta bekas suaminya itu menghantar anak anaknya ke masjid untuk bersolat.
Zaiza dilihat tergamak melabel bekas isterinya sebagai betina jijik, seorang yang gatal dan seorang yang hipokrit.
Suzur Sofia menunjukkan dia meminta Zaiza menghantar anaknya ke masjid untuk solat bersamanya. Dan Zaiza boleh mengambil anak anak itu semula pada 10.30. Jika Zaiza tak percayakannya, Zaiza boleh menunggu sahaja di dalam kereta.
Tiba Tiba Zaiza mengamuk dan menyindirnya dengan teman lelaki baharunya. Sambil mengingatkan Suzur Sofia bahawa dia adalah barang terpakai, dan tak payah menyalak lebih.
Zaiza menulis: “Aku dah cakap dan kau ni betina hipokrit, tak jujur, betina hati tak betul, betina penipu, betina berdendam, betina gatal, betina jijik.”
“Daripada cakap ‘aku’ ‘kau’, dah sekarang tiba tiba pula [cakap] ‘I’ ‘You’. Hati kau kat situ pun aku tahu kau ni tak ikhlas.”
Zaiza turut meminta Suzur Sofia agar memberikan amaran kepada teman lelakinya agar tidak menyalak sebab dia bukan suami wanita itu lagi