Bekas kitman Arsenal, Mark Bonnick menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyesal selepas menyuarakan sokongannya terhadap Palestine meskipun terpaksa kehilangan kerja

Baru-baru ini, kelab tersebut memecat Mark selepas beliau menyuarakan sokongan terbuka Palestin dan mengecam keganasan Zionis ke atas rakyat Gaza.

Baca Juga:

Pendirian Teguh Bekas Kitman Arsenal Mengenai Palestine

Arsenal

“Saya tak pernah menyesal bercakap pasal Palestine. Saya memuat naik di laman X mengenai pendirian saya untuk melindungi Arsenal.

“Tapi usaha saya tidak berjaya. Saya tak boleh tengok Israel masih dibenarkan untuk bertanding dalam acara sukan di peringkat antarabangsa.

“Kita tengok Afrika Selatan pernah ditendang keluar kerana Apartheid, Russia juga ditendang keluar kerana menceroboh Ukraine tapi Israel tidak dikenakan apa-apa hukuman.

“Saya rasa bukan saja kerana Palestine, tetapi sifat kemanusiaan akan bercakap kalau ada perkara yang salah,” katanya.

Arsenal
Soccer Football – Champions League – Semi Final – First Leg – Arsenal v Paris Saint Germain – Emirates Stadium, London, Britain – April 29, 2025 Arsenal’s Jurrien Timber and manager Mikel Arteta Action Images via Reuters/Andrew Couldridge

Ini bukan kali pertama kelab bimbingan Mikel Artera itu mengambil tindakan ke atas pemain atau pegawai pasukan yang bercakap mengenai isu politik.

Beberapa tahun lalu, mereka telah mengenakan tindakan ke atas Mesut Ozil kerana bersuara isu Muslim Uighur.

Kelab menganggap tindakan Ozil bertentangan dengan pendirian kelab yang berada di atas pagar dalam isu politik.