Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin meninggal dunia pagi ini di Hospital Assunta di Petaling Jaya, pada usia 86 tahun.
Peguam Daim, Gurdial Singh Nijar, mengesahkan kematiannya ketika dihubungi, lapor Free Malaysia Today.
“Ya. Benar dia meninggal dunia. Pengebumian dibuat pagi ini.
“Dia mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU). Belum ada maklumat lanjut,” katanya kepada Malaysiakini.