Pernah menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu, Tun Daim Zainuddin pada hari ini telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyenatas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank.

Dilaporkan Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin tampak tenang dan hanya menjawab, “faham” dan “minta bicara” selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang memakai sut hitam dan berkerusi roda, dibenarkan berada di luar kandang tertuduh sepanjang proses pertuduhan.

Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepadanya oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan harta.

Semua harta terbabit antaranya enam kereta termasuk Mercedes Benz, Jaguar, Austin Morris dan Rolls Royce, 38 syarikat antaranya Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd dan Avillion Berhad, 25 hartanah dan tanah di bawah syarikat di Kuala Lumpur, Ampang, Raub, Pahang dan Kuala Muda Kedah serta akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala pasukan Daim diwakili barisan pendakwaan yang diketuai peguam M Puravalen.

Sumber